Saturday 11 February 2017

Jom kita kenali Apa itu AURA Positif dan Negatif??

 Bismillah...


Kali ini Ctiey ada perkongsian menarik bagi menambah ilmu kita mengenai Aura. Sebelum kita nak pulihkan, menampal dan membesarkan aura kita. Kita mesti kenali dulu tentang Aura.

Kita semua mungkin pernah mengalami situasi ini. Bertemu seseorang buat kali pertama dan tiba-tiba timbul sama ada perasaan kurang senang atau tidak selesa dengannya.
Pada ketika yang lain pula, kita menjadi sebaliknya apabila sangat menyukai seseorang walaupun baru mengenalinya.
Segala tindak-tanduknya okey dan menyenangkan, penampilannya baik-baik sahaja di mata kita, bahkan kita boleh jatuh suka terhadap apa-apa sahaja yang datang darinya.

Dua contoh kes berbeza di atas menggambarkan adanya interaksi aura atau medan tenaga di antara seseorang dengan yang lain.
Ini kerana aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Anda mungkin berasa tidak selesa kerana aliran tenaga yang keluar adalah negatif.
Cas negatif akan mempengaruhi raut wajah yang tidak berseri. Aura terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.

Sebenarnya, setiap dari kita dikurniakan dengan anugerah yang satu ini (Aura). Malah, sebahagian daripada kita mungkin pernah melihat atau mengalaminya.
Bagaimanapun, rata-rata dari kita tidak banyak yang ambil pusing tentang medan tenaga tubuh masing-masing. Cuma, bab medan tenaga tubuh ini agak kerap kita dengar disebut-sebut selepas konsert Prelude Akademi Fantasia 3, Mei lalu.

Pakar Terapi Aura, Pusat Rawatan & Hidroterapi Batrysia, Dr. Ridzuan Noor berkata, aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
"Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap."
"Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif,''katanya.

Menurutnya, walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan yang hidup.

Aura, di dalam sejarah telah digambarkan dalam bentuk lukisan dan sastera seperti halo atau lingkaran cahaya yang dilukis di atas kepala bidadari atau orang-orang yang kuat beragama serta baik.
Bahkan, ada juga yang membayangkan, lapisan aura yang terdiri daripada warna-warna pelangi boleh mencapai lingkungan yang sangat besar pada individu yang mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi.
Itu juga dijadikan alasan bagaimana mereka boleh mengumpul begitu ramai pengikut atau para penyokong, kerana auranya yang lebih besar dan luas.

Penyelidikan mengenai aura manusia telah bermula sejak awal kurun ke-19 apabila seorang profesor dari Rusia iaitu S Kirlian membangunkan suatu alat fotografi bertekanan tinggi untuk melihat medan tenaga di tangan dan kaki manusia.
Teknologi itu kemudiannya dikenali dengan nama Fotografi Kirlian. Dan kini, aura boleh dilihat dengan lebih mudah menggunakan kamera inframerah yang boleh didapati di kedai-kedai gambar.
Melihat aura secara langsung bagaimanapun lebih kepada kebolehan spirituil yang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan.

Malah, terdapat para pengamal terapi yang menawarkan latihan bagi meningkatkan kepekaan dan pencahayaan mata bagi membolehkan seseorang melihat aura sendiri mahupun orang lain, secara langsung (tanpa pengantaraan kamera).
Terapi aura, salah satu cabang perawatan alternatif yang berasal dari Jerman itu kian mendapat tempat di hati khalayak Barat.
Dr. Ridzuan berkata, semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, aura boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian seseorang.

Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapat berita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya bocor.
Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukup rehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.

"Ketika kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalam tubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masuk ke dalam tubuh adalah positif,'' katanya.
Tambah beliau, aura merupakan sebahagian daripada kesihatan manusia yang bertindak sebagai perisai sebelum apa-apa gelombang memasuki badan, seterusnya mengesan penyakit.
Orang yang sihat dan tidak sihat memiliki medan aura, bentuk dan kecerahan warna yang berbeza.

"Sekiranya tubuh sihat, maka aura kesihatan akan kelihatan lebih tebal (Besar), cerah dan rata manakala bagi mereka yang sakit, maka aura kesihatannya menjadi tipis(Mengecil), gelap dan berbonjol."
"Teknik penyembuhan terapi aura dilakukan dengan cara menyeimbangkan semula aura seseorang dengan fizikal, mental, emosi dan rohaninya,'' ujar Dr. Ridzuan.
Walaupun setiap organ manusia mempunyai fungsi masing-masing, namun jika otak lemah, kebanyakan organ secara automatiknya akan lemah.

Dalam kata lain, seseorang yang dalamannya positif secara tidak langsung, seluruh badannya menjadi sihat.
"Jadi, untuk memastikan otak sentiasa kuat, kena pastikan tenaga kita kuat."
"Sekiranya mahu memastikan tenaga yang kuat, aura atau perisai atau magnetik elektromagnetik pun mestilah kuat" Itu asasnya,'' katanya.


``Satu contoh menarik yang biasa terjadi jika seseorang mendapat penyakit beguk, petuanya adalah dengan menyapukan nila.
``Memang kawasan leher mempunyai aura berwarna biru. Tidak kira apa bahannya asalkan warna biru jika disapukan ke kawasan biru, insya-Allah sembuh.''
Dr. Ridzuan turut memberikan tip mudah untuk mengenali seseorang yang berperwatakan negatif atau aura bocor.
``Bila bercakap, banyak negatif. Apa sahaja yang kita buat atau cakap semua dari otak, kalau otak negatif, automatik auranya pasti negatif juga.''

Aura dapat menjadi lemah sekiranya:
* Kurang bersenam
* Merokok
* Kurang rehat
* Udara yang tidak bersih
* Tekanan
* Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah
* Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba, mengumpat, mengutuk dan lain-lain.

Tip memulihkan Aura:

* Banyak Mengingati dan Mendekatkan diri dengan Allah.(Berzikir, Solat, Baca al-quran)
Berfikiran positif
* Mandi Garam Bukit AuraRezeki

* Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan.
* Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit.
- Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.

* Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan.
- Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan.
* Ajar diri Banyakkan bertenang (Banykkan selawat dan berzikir kepada Allah, Hati akan menjadi Tenang) kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif
* Banyakkan minum air putih.

Komen Dr. Ridzuan tentang Mawi yang dikatakan `ada Aura'.
"Aura semua orang ada, cuma bezanya kalau orang kata Mawi ada aura mungkin dia mempunyai aura positif dalam dirinya."
"Apabila aura seseorang itu positif, secara tidak langsung dia akan menarik kemesraan, keyakinan, meraih simpati untuk membantu dan orang jatuh suka padanya."
"Biasanya orang popular atau terkenal, aura dia positif contohnya seperti Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.''

Aura Juara AF, Felda atau Bandar.
"Aura positif tidak mengira tempat sama ada di Felda, kampung atau bandar. Kalau bukan di Akademi Fantasia, mungkin dia akan berjaya dalam bidang lain di luar."
"Pendek kata, kalau aura positif, apa sahaja yang dilakukan, peluang untuk berjaya adalah tinggi sebab orang akan mudah sayang padanya.''
"Saya tidak tahu macam mana nak cakap, tetapi dia ada something (sesuatu), yang saya tak tahu apa bendanya''- salah seorang pengkritik."

"Kita kena faham basic aura. Aura, ada `sesuatu' yang menyebabkan orang suka. Kalau positif, tentu orang akan vote untuk dia juga sebab orang suka dan sayang dia. Jadi, orang pun melihatnya dengan penuh positif.
"Kalau Mawi tu auranya negatif, walaupun ada sesetengah penyanyi bagus, sangat berbakat tetapi kenapa tak boleh pergi jauh? Memang ada faktor lain."

"Personaliti semua ada tapi kenapa masih tak tertarik? Sebab, tiada aura, orang rasa tak selesa.
"First impression..., orang akan buat penilaian. Kita nampak positif/negatifnya dulu, kemudian baru nampak apa kelebihannya. Katalah A pakai baju hitam nampak seri tapi B nampak biasa aja.''

X-factor versus aura.

"Berbakat tetapi tidak ke depan. Sama ada Mawi atau sesiapa sahaja yang mempunyai aura positif, tenaga yang dialirkan keluar kepada penonton adalah tenaga yang positif."
"Apabila Mawi melihat audiens yang begitu, dia sendiri akan rasa positif dan secara tidak langsung akan membantunya lebih positif dan berjaya.''






 *Kredit: Kebanyakan cebisan informasi yang sangat menarik ini Ctiey ambil daripada artikel daripada Utusan Online, Dikarang  oleh  Shafinaz Sheikh Manan, Tarikh terbitan 31/07/2005

No comments:

Post a Comment